Salah laku pengurusan UDM.. SPRM tolong siasat ~ MalaysiakinI..WE WANT THE OLD KUSZA..!!!!!

Posted on March 10, 2009 by shariffazhari.
Categories: ISU SEMASA.
Pihak MAMPAT menerima sepucuk surat daripada kakitangan UDM yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap salah laku Pengurusan UDM terutama Dato’ NC. Berikut adalah surat yang kami terima…. Semoga ada penjelasan yang munasabah daripada pihak UDM dan SPRM tolong siasat….

Kakitangan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
8 Februari 2009
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
109 Taman Desa Pusu 3
Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Yang Berhormat Dato’,

LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;
i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.
ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.
iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.
v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.

vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).
vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.
viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.
ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.

x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.
xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.
xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.
xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

Kakitangan UDM

s.k Y. Bhg. Dato’ Mohd Azlan bin Hashim
No. 15, Jalan Bukit Ledang
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20949916
Fax : 03-20949926

Y. Bhg.Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Abu Hassan bin Othman
No. 284 Persiaran Zaaba
Taman Tun Dr Ismail
60000 Damansara
KUALA LUMPUR
Tel : 03-77284505/019-8622999
Fax : 03-21427131

Y.B. Dato’ Seri Abdul Hamidy bin Abdul Hafiz Managing Director/CEO Affin Bank Berhad, 19th Floor Menara Affin, 80 Jalan Raja Chulan, 50200 KUALA LUMPUR Tel : 03-20559004 Fax : 03-20319195
Y.B. Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee
(Ahli Perlimen Setiu)
Pejabat UMNO Bahagian Setiu
22100 Bandar Permaisuri
Setiu, Terengganu

Y. Bhg. Prof Dr. Rujhan bin Mustafa Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 3, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA
Tel : 03-88835839
Fax : 03-88895675

Y.B. Dato’ Haji Mokhtar bin Nong Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tingkat 15
Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Tel : 09-6233336
Fax : 09-6242244

Ketua Pengarah,
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 3, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

Pengarah
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Negeri Terengganu,
Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Peti Surat 6000
Jalan Sultan Ismail
20720 Kuala Terengganu
TERENGGANU

Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said ( D.P.M.T., A.S.M., P.J.K. )
MENTERI BESAR TERENGGANU
Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu

Y.BHG. DATUK DR ZULKEFLI BIN A. HASSAN
Ketua Setiausaha
Pejabat Ketua Setiausaha
Aras 6 Blok E3 Parcele
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRA JAYA

Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Tingkat 2, Wisma MAIDAM,
Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu.

EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j

Posted on October 21, 2008 by shariffazhari.
Categories: ISU SEMASA.
From: warga_kilang@yahoogroups.com on behalf of Zouls Ent.
Sent: Sun 10/19/2008 23:50
To: w.k.
Subject: [warga_kilang] EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j
Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib..

Brazil Signs $1B+ Production Deal for Cougar Helicopters

02-Jul-2008 19:36 EDT

Related Stories: Americas - Other, Contracts - Intent, EADS, Europe - France, Europe - Other, Helicopters & Rotary, Industry & Trends, Other Corporation, Russia, Support Functions - Other

French Cougar SAR/SOF
(click to view full)

In November 2007, “Brazil Embarking Upon F-X2 Fighter Program?

” discussed both the revived fighter competition, and Brazil’s surprising 50% boost to its defense budget. Other programs mentioned in that article included Brazil’s selection of a medium transport helicopter and of an attack helicopter, with other programs to follow. After decades of neglect, Brazil is reconstituting both its armed forces, and a defense industry that once offered an array of competitive products on the global stage.

The medium transport helicopter competition featured 3 established players: AgustaWestland’s EH101has found success in Britain, Europe, Japan, and even in America as the next Presidential helicopter. Eurocopter’s EC725 Cougar is an updated version of the popular AS332/532 Super Puma, and has been ordered in limited quantities by the French government for special forces and search and rescue roles. An up-to-date version of Russia’s widely used Mi-17 was the 3rd contender; like the Super Puma, Mi-8 and Mi-17 helicopters are already in wide use within Latin America.
In truth, however, Eurocopter always had an edge. The Brazilian Amy’s Aviacao do Exercito already uses the AS532/”HM-3” Super Puma, basing them in the Amazon at Manaus. Its Navy also uses Super Puma variants: AS332s and AS532s both serve in the Navy as the UH-14, flying from Brazil’s NAe Sao Paulo aircraft carrier and from the southeastern base of Sao Pedro da Aldeia in support of Brazil’s Marines. Now, Eurocopter’s offering will become Brazil’s medium-lift helicopter across all services…

http://www.defenseindustrydaily.com/?s=Eurocopter+Cougar+EC725

Ramadhan…..

Posted on October 20, 2008 by shariffazhari.
Categories: MUHASABAH DIRI.

Tidak pernah kita terbayang satu bulan yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad dengan menyamakan berjayanya ketika waktu berbuka puasa seperti berjayanya berjumpa dengan Allah..

للصائم فرحتان: فرحة عند إفطاره وفرحة عند لقاء ربه

Tidak pernah kita terbayang satu bulan yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad dengan memuliakan bauan mulut orang berpuasa daripada bauan kasturi..

لفم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك

Tidak pernah kita terbayang satu bulan yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad yang pada nya satu malam jika dihisi dengan amalan sama dengan 83 tahun kita berbuat amalan tanpa henti…

ليلة القدر خير من ألف شهر

Tidak lain tidak bukan iaitulah bulan Ramadhan yang ada padanya Malam Al-Qadr,yang ditunggu-tunggu oleh para A’bid untuk menyatakn Cintanya kepada Rabbul Jalil…

Tidak Allah berikan peluang ini pada umat terdahulu walaupun umat terdahulu juga perlu berpuasa.Tidak Allah berikan peluang kelebihan seperti bulan ini pada bulan-bulan Hijri yang lain.Tidak Allah berikan peluang 8 waktu dimustajabkan doa pada bulan ini yang salah satunya ketika antara 2 Terawih yang tidak ada pada waktu yang lain.

Tidak Allah berikan peluang pada saat ini untuk beribadat ketikamana tidak diganggu oleh Syaitan Durjana kecuali pada saat ini.

قد جاءكم شهر مبارك عظيم تفتح له أبواب الجنة وتغلق أبواب النار وسفدة الشياطين

Oleh itu,ana menyeru utamanya diri ana sendiri dan sahabat sekalian untuk mencari dan merebut BONUS yang Allah berikan pada kita pada saat ini,pada ketika ini sebelum Roh berada pada halkum jasad bagi kejayaan di Akhirat nanti.

Pada malam-malam seperti ini,ketika solat terawih atau solat tahajjud atau solat-solat sunat yang lain diharuskan membaca bacaan Al-Quran yang panjang-panjang dan berdiri lama sedikit bersabarlah dengan kepenatan di dunia kerana tiada ibadah yang kita lakukan tidak penat sebaliknya maksiat megatasi kepenatan.Tiada orang yang sedang mengumpat terhangguk2 mengantuk sebaliknya orang akan terhangguk2 kepenatan ketika majlis ilmu.Itulah ujian yang Allah berikan kepada umatNya.

Natijahnya: Sesiapa yang berdiri lama di dunia,dia akan berdiri singkat di akhirat,sebaliknya sesiapa berdiri singkat di dunia dia akan berdiri lama di akhirat.Sesiapa yang penat di dunia dia akan rehat di akhirat sebaliknya sesiapa rehat di dunia dia akan penat di akhirat nanti.

Hiasi Malam Bulan ini dengan zikrullah,bacaan Al-Quran, Qiamullail, dan jangan lupa untuk berdoa kerana Doa adalah Otak kepada Ibadah,sebagaiman jasad kita akan berfungsi bilamana otak ada begitulah juga fungsinya Doa kepada Ibadah yang kita lakukan.

الدعاء مخ العبادة

Berdoalah kepada Allah supaya kita terkeluar dari senarai ahli Neraka Jahannam dan dimasukkan kita ke dalam senarai ahli Syurga Firdaus pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan ini seperti yang Allah telah janjikan kepada semua umat Islam.

رمضان أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Marilah kita BERUBAH ketika mana diberkan peluang ini,ketika kesihatan kudrat tubuh badan kita diberikan,ketika kesenangan melimpah ruah,ketika kelapangan masa waktu ini,dan ketika kita tidak tahu sama ada kita masih sempat untuk beRada pada bulan Ramadhan akan datang.

آخر الكلام ,Ana berdoa supaya semua ahli IKRAM mendapat redha Allah dan kita sama-sama berjaya di dunia dan yang penting berjaya di akhirat nanti Insya-Allah.

Wallahua’lam….

بارك الله لنا وبارك علينا وجمع بيننا في الخير…….

24/9/08 04:04 am,shah alam Malaysia,1 month before to Syria.

Graduan jangan bermimpi berjaya kalau tiada usaha

Posted on December 22, 2006 by shariffazhari.
Categories: ISU MAHASISWA.

Normal_15

Graduan jangan bermimpi berjaya kalau tiada usaha PDF Cetak E-mail
Shaiful Bahri Saidin
Wed | Dec 20, 06 | 03:29:31 AM
Tiada satu pun negara di dunia termasuk negara maju boleh menjanjikan 100 peratus peluang pekerjaan kepada graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT).

Malah di Indonesia, kerajaannya lebih menggalakkan graduan lepasan universitinya mencari pekerjaan sendiri atau menceburi bidang perniagaan sehinggakan dana khas perniagaan untuk graduan disalurkan kepada bank tempatan habis peruntukannya dalam sekelip mata.

Di negara kita, graduan masih mengharapkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Puncanya kerana graduan IPT kita terlalu dimanjakan dan kebanyakannya dirasuk faktor kebendaan seawal usia ketika dalam pengajian lagi.

Sudahlah pengajian mereka sentiasa dititik beratkan oleh kerajaan dengan lambakan kemudahan, bantuan dan sokongan, inikan pula selepas tamat pengajian, mereka masih berharap kerajaan membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Malah, ada golongan menyalahkan kerajaan apabila berlaku lambakan graduan menganggur di pasaran. Apakah kita hidup di Malaysia ini asyik hendak mengharapkan kerajaan dalam segala segi?

Akibat terlalu ditatang bagai minyak penuh, graduan masa kini tidak mempunyai daya tahan dan daya saing tinggi. Semangat juang untuk hidup bergelar graduan dianggap terlalu tinggi dan eksklusif. Mentaliti sakit inilah merosakkan nilai graduan IPT di pasaran kerja tempatan.

Apakah tujuan sebenar mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading? Apakah mereka sudah mengabaikan tuntutan menuntut ilmu untuk menjadi insan berguna dan berfikiran terpelajar mesti berakhir dengan bekerja dengan bergaji besar?

Apakah dengan segulung diploma dan ijazah itu bermakna mereka secara automatiknya menjadi warga ‘permata’ kepada negara?

Saya yakin ramai graduan IPT pada 70-an dan 80-an bersetuju dengan pendapat saya bahawa kita dulu lebih terbuka dengan sikap boleh berdikari dan tidak terlalu memilih kerja dan gaji ditawarkan. Malah, ketika kegawatan ekonomi pada pertengahan 80-an, saya dan rakan lain tidak mengeluh kerana bekerja di bidang berlainan dengan apa diperolehi dan tidak merungut apabila dibayar dengan gaji kecil.

Ketika itu Skim Khas Siswazah (SKS) diperkenalkan beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta. Saya sendiri ditawarkan jawatan pegawai SKS, tetapi bergaji kerani. Ada rakan saya berkelulusan jurutera elektrik ditawarkan sebagai eksekutif di kilang syarikat milik kerajaan (GLC), tetapi tugasnya ialah sebagai ‘line leader’.

Malah ramai rakan saya berniaga kecil-kecilan seperti membuka warung burger dan menjual baju terpakai (bundle) di kampung masing-masing. Malah, pengilang dan pengeluar burger terkenal di negara masa kini berjaya dalam perniagaannya hasil menjual burger selepas tamat pengajian walaupun mempunyai ijazah farmasi.

Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Dengan ketahanan diri dan boleh berdikari, di samping pernah berasa susah senang untuk hidup ketika di IPT, kami boleh menghabiskan pengajian tepat pada waktunya tanpa melanjutkan semester. Tanpa biasiswa dan pinjaman pelajaran, kami masih boleh belajar bersungguh-sungguh dengan persekitaran dan peralatan serba kekurangan.

Apakah graduan sekarang sanggup menempuh gelodak kerjaya dengan dibayar upah rendah berbanding kelulusan? Sanggupkah mereka menerima kenyataan realiti kehidupan bahawa setinggi mana pun kelulusan belum tentu menjamin pendapatan setimpal?

Kebanyakan graduan lepasan IPT sekarang hanya boleh berbangga dengan sekeping diploma atau ijazah, tetapi masih mundur ilmu. Pengajian diperoleh daripada IPT seolah-olah tidak berguna langsung. Mentaliti mereka ialah apabila tamat pengajian, mereka bermimpikan gaji lumayan dan kesenangan dan kemewahan bakal kecapi.

Ramai graduan menganggur takut memasuki pasaran kerja swasta kerana mereka tahu kelemahan diri. Kelemahan utama ialah sangat lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Sudah terlambat sebenarnya untuk memperbaiki diri kerana peluang yang ada untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di IPT tidak dimanfaat sepenuhnya.

Oleh itu, mereka masih bergantung harap kepada kerajaan menyediakan peluang pekerjaan. Ramai graduan menganggur takut memasuki pasaran kerja swasta kerana mereka tahu kelemahan diri.

Malah, ada mahasiswa menyindir rakan yang berbahasa Inggeris dan menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris kerana kononnya tidak patriotik. Sekarang ini mereka perlu menjawab kepada diri sendiri yang masih tidak ‘berkelayakan’ untuk bekerja setaraf dengan kelulusan mereka.

Sikap boros dan mementingkan kebendaan ketika masih bergelar siswazah lagi turut menyumbang. ‘Kemewahan’ ketika di IPT sebenarnya ‘membunuh’ diri mereka sendiri. Dengan biasiswa dan pinjaman pelajaran yang kebanyakannya disalah guna, menyebabkan mereka apabila keluar dari IPT menjangkakan hidup bermewah ketika belajar dapat diteruskan ketika dalam alam pekerjaan.

Graduan sekarang juga takut untuk berniaga kerana malu dan segan. Malah, ada beranggapan bukan taraf untuk berniaga. Ada siswazah lulusan pertanian masih berharap untuk makan gaji sedangkan keupayaan dan kapasiti mereka sudah cukup untuk menjadi petani moden dengan pinjaman bank yang disediakan.

Mereka masih tidak mahu mengaku hakikat mereka bukannya hebat dengan segulung diploma dan ijazah. Tanpa pengalaman bekerja jangan bermimpi indah untuk mendapatkan ganjaran gaji lumayan.

Graduan perlulah mengukur baju di badan sendiri dan mengaku hakikat setakat mana sebenarnya kebolehan mereka. Tanpa kemahiran dan pengetahuan selain daripada apa dipelajari, jangan harap mereka dengan mudah boleh diterima bekerja sama ada dalam kerajaan mahupun swasta.

Saingan hebat masa kini di pasaran buruh sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur terutama graduan Melayu. Mereka tidak serius menyediakan diri memasuki alam pekerjaan. Malah sikap malas menilai diri sendiri dan menambah baik prestasi diri mengakibatkan mereka menemui kegagalan setiap kali menghadiri temu duga.

Zaman penuh pancaroba dan perlumbaan untuk berjaya dalam hidup sebenarnya tiada tempat untuk graduan malas. Sepatutnya ketika ada masa terluang sementara mendapat pekerjaan, mereka harus melengkapkan ‘resume’ dengan selengkap mungkin, banyakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan cuba berinteraksi dengan sesiapa saja. Tujuannya untuk mendapatkan keyakinan diri dan tidak takut menghadapi temu duga.

Sikap primitif dan lapuk selepas tamat pengajian IPT, graduan bekerja dengan gaji empat angka sepatutnya sudah lama dihakiskan dalam pemikiran masyarakat. Juga sesiapa bergelar graduan akan cerah masa depannya perlu ditepis sama sekali.

Mungkin tiba masanya graduan menganggur di negara kita bekerja dengan jawatan rendah dan gaji kecil dulu dengan tujuan menimba pengalaman. Tiada salah dan dosanya jika graduan pemasaran bekerja sebagai jurujual, graduan kejuruteraan awam bekerja sebagai penyelia tapak, graduan perubatan bekerja sebagai pembantu klinik dan graduan akauntan bekerja sebagai kerani akaun.

Paling elok graduan menganggur berpadu tenaga bersama rakan sepengajian untuk menubuhkan syarikat dan menjalankan perniagaan. Modal tidak menjadi masalah sebenarnya kerana banyak bank dan agensi kerajaan boleh membantu jika mereka berusaha dan teliti untuk memajukan diri dan masa depan.

Carilah pengalaman sebanyak mungkin dan di mana saja. Keadaan sekarang inilah sebenarnya menguji kesabaran dan kematangan seseorang graduan bergelar penganggur. Tabahkan hati dan bertawakal kepada Allah. Berkat usaha keras pasti ada ganjarannya. Selamat menempuh alam pekerjaan.

‘Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain’

Posted on by shariffazhari.
Categories: ISU SEMASA.

‘Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain’

Oleh HELMI MOHD FOAD

KUALA LUMPUR 19 Dis. –

Tindakan membiarkan Utusan Melayu (M) Bhd. dikawal oleh pihak lain melalui cadangan penggabungan dengan The New Straits Times Press (NSTP) boleh dianggap sebagai dayus kerana ia akan menjejaskan budaya dan maruah orang Melayu. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan yang mahu diambil tidak sepatutnya tertumpu kepada soal perniagaan sebaliknya mesti mengambil kira roh perjuangan Utusan Melayu dalam meneguhkan kerajaan, parti dan membangkitkan kesedaran orang Melayu.

‘‘Kalau cadangan penggabungan itu dilaksanakan juga saya adalah orang pertama yang akan mengisytiharkan ini adalah langkah yang tidak mengenal bangsa. ‘‘Akhirnya dari segi budaya, adalah dayus kalau Utusan Melayu dikawal oleh orang lain, ini soal budaya Melayu, saya tidak boleh diam,” tegas beliau di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan penggabungan Utusan Melayu dan NSTP yang sehingga kini telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pembaca Utusan.

Rais yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyatakan, kedudukan Utusan Melayu sebagai wadah dan suara orang Melayu tidak boleh dikorbankan kerana harganya tidak boleh dinilai dalam percaturan ekonomi semasa. ‘‘Mesej yang telah dibawa oleh Utusan Melayu selama ini tidak ternilai harganya dengan kos ekonomi yang cuba dicongak oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semula terhadap pesanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak pada 1972 bahawa adalah wajib dan menjadi tanggungjawab orang Melayu yang mewarisi Utusan Melayu sebagai pusaka bangsa untuk mempertahankan syarikat itu sebagai institusi dan lambang kebolehan anak-anak Melayu berdikari. Rais menyatakan, cadangan penggabungan sebenarnya tidak perlu kerana kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) boleh membantu Utusan Melayu dalam menyuntik dana melalui pengiklanan.

‘‘Apatah lagi kini UMNO memimpin kerajaan yang paling kuat, malah ini merupakan pengulangan sejarah tahun 1939 apabila orang Melayu mengumpulkan dana untuk menubuhkan Utusan Melayu,” katanya. Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan penggabungan akan membawa kepada monopoli media yang tidak sihat dan langkah seperti itu terbukti tidak memberi keuntungan apabila penggabungan syarikat media AOL-TIME Warner telah menemui kegagalan.

Tambahnya, penggabungan syarikat akhbar Cina di negara ini juga menunjukkan akhbar Cina tersebut sudah tidak sihat dan Utusan Melayu juga bakal menerima nasib yang sama sekiranya langkah sedemikian diambil.

‘‘Jika diambil alih, kita tidak akan dapat menentukan roh bahasa Inggeris mungkin muncul untuk menindas perkembangan bahasa Melayu. ‘‘Dan UMNO juga tidak akan dapat lagi mempunyai pegangan yang jelas terhadap akhbar,” katanya.

Kelantan anjur Festival Filem Islam Antarabangsa

Posted on December 19, 2006 by shariffazhari.
Categories: ISU SEMASA.

Sharif435 Kelantan anjur Festival Filem Islam Antarabangsa Salmah Mat Husain Tue

| Dec 19, 06 |11:27:43 AM KOTA BHARU, 19 Dis (Hrkh) -

Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah dalam bidang seni apabila berhasrat menganjurkan Festival Filem Islam Antarabangsa tahun hadapan sempena program Tahun Melawat Malaysia 2007. Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, diharap festival berkenaan dihadiri penerbit-penerbit filem Islam di peringkat antarabangsa yang sudah lama mencipta nama.

Menurutnya, tokoh-tokoh perfileman dunia terutamanya dari Iran akan dijemput menghadiri program berkenaan. “Dengan adanya pesta filem ini membuktikan kerajaan Kelantan tidak menolak peranan seni lakon dalam usaha mendidik masyarakat, selagi ia tidak bercanggah dengan Islam,” katanya selepas merasmikan pusat animasi terulung di negara ini di KB Mall di sini, hari ini. Pusat itu dikenali sebagai Pusat Animasi Darul Digital menyediakan kursus jangka pendek bagi melahirkan lebih ramai karyawan dalam bidang berkenaan di negara ini.

Penggerak utama projek tersebut iaitu pengarah filem terkenal Dato’ Jamil Sulong dan isterinya Datin Rosnani Jamil. Darul Digital adalah anak syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan penubuhan Darul Digital berharap filem-filem animasi yang bakal dilahirkan lebih bercorak Islam sehingga ia dapat dipasarkan ke luar negara khususnya negara-negara Islam. Menurutnya, pahlawan Melayu yang menentang penjajah seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan ulama terkenal antaranya, Tok Kenali hendaklah digarap semula sejarah hidupnya melalui filem animasi. “Begitu juga sejarah pejuang-pejuang Islam Salahuddin Alayubi, Iskandar Zulkarnain termasuk saintis Islam juga hendaklah diketengahkan supaya dapat dihayati generasi sekarang,” ujarnya. Menurutnya bakal karyawan Kelantan tidak mustahil akan menjadi terkenal menerusi filem animasi sekiranya mereka tekun mengikuti kursus yang diadakan.

“Namun apa yang lebih penting setiap karya yang dihasilkan hendaklah berlandaskan Islam agar ia mampu mendidik masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam. “Kita berharap Darul Digital dapat membentuk syaksiah remaja di negeri ini sehingga dapat menonjolkan imej yang baik,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, seramai 300 pelajar bakal diambil bagi mengikuti kursus animasi. Katanya, setiap pelajar dikenakan bayaran RM2,500 bagi satu sesi kursus yang mengambil tempoh enam minggu. Beliau berkata, hasrat Kelantan untuk melahirkan para karyawan menerusi filem animasi akan berjaya sekiranya mereka tekun mendalami kursus yang dipelajari. “Ada juga yang meminta kursus berkenaan diadakan pada hujung minggu dan Insya-Allah kita akan cuba pertimbangkannya bagi membolehkan lebih ramai peserta mengikuti kursus tersebut. “Apa yang penting kepada kita rakyat Kelantan mampu menghasilkan filem animasi berimej Islam yang hebat sehingga mampu dieskport ke negara lain,” ujarnya.

7 PERINGKAT SOLAT

Posted on December 11, 2006 by shariffazhari.
Categories: MUHASABAH DIRI.

Serban_rasulullah_

1. SEMBAHYANG ORANG YANG JAHIL.

Fardhu ain tak lulus. Syarat sah, batal, apa yang sunat, apa yang wajib dalam solatpun masih tergaru-garu kepala. Lebih parah berwudhuk pun tak betul macam kambing cicah air. Dah tahu tak tahu tu bawak-bawaklah menuntut ilmu.Ni dia sembahyang orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya : Macam tak sembahyang , tertolak segala amalanya, walaupun dialah paling awal di saf sembahyang dan baca surah panjang-panjang.

2. SEMBAHYANG ORANG YANG LALAI.

Kategori fardhu ain dah clear. Dah tahu hukum-hakam, syarat sah dan batal solat. Tapi bila nak start je angkat takbir , maka bermulalah ‘xpdc’nya. Sekejap teringat itu, sekejap teringat ini.Kunci hilang pun boleh jumpa dalam solat ! Macam-macam ada dalam di dalam kepala hingga tiba-tiba je dah siap bagi salam………

Hakikatnya : Hanya jasad yang solat, tapi hati dan akal tidak. Kategori ini, bukan Allah S.W.T janjikan Syurga tetapi Neraka Wil sedia menanti bagi orang-orang yang lalai dalam sembahyang.

3. SEMBAHYANG SEBAB SELAIN DARI ALLAH S.W.T.

Kita sembahyang itu perintah adalah Allah S.W.T .Tapi ada juga yang sembahyang selain dari-Nya. Contahnya, sembahyang sebab orang lain sembahyang. Sembahyang sebab takut di rotan ustaz, guru atau ibubapa. Sembahyang sebab segan dengan ‘member’ dan bermacam-macam lagi sebab yang menjadi sebab……

Hakikatnya : Allah S.W.T tak terima. Sembahyang selain kerana-Nya, tertolak.Kecuali bila dah taubat dan menyesal bersungguh-sungguh….

4. SEMBAHYANG ORANG YANG BERMUJAHADAH.

Dia tahu sembahyang mesti khusyuk. Jadi dia paksa-paksa diri nak hadirkan hati dalam solat. Bila hati dan fikiran mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap. Jadi sekejap khusyuk, sekejap melayang. Nampak sembahyangnya macam tenang, tapi di dalam, jenuh berperang dengan nafsu dan syaitanirrojim. Nau’zibillahiminzalik.

Hakikatnya : Wallahuaklambissawad. Terpulang kepada Allah S.W.T nak ampun atau diazab. Jadi kategori ini banyak-banyaklah beristigfar, minta ampun dengan Allah S.W.T dan cuba lagi perbaiki lagi ibadahnya….

5. SEMBAHYANG ORANG SOLEH.

Mankna dalam bacaan dihayati oleh akalnya. Dia faham apa yang diucapkan dalam sembahyang, sebab itu fikirannya cuba seiring dengan apa yang disebut lidah. Walau fikirannya tak melayang dalam sembahyang, tapi hatinya tak rasa nikmat.

Hakikatnya : Inilah solat orang yang soleh. Paling minimum!, inilah perlu diusahakan untuk keselamatan diri di sisi Allah S.W.T kerana ia yang dapat mencegah diri dari kemungkaran.

6. SEMBAHYANG PARA WALI.

Inilah sembahyang yang dah dapat dihayati dan dinikmat rasanya. Peringkat ini, perbuatan seiring dengan faham dan penghayatan. Waktu sujud di kala bertemu anggota paling mulia ditubuh dengan tanah tempat kita pijak-pijak, hati benar-benar terasa hina. Bila rukuk, terasa rendah dihadapan Allah S.W.T yang Maha Agung. Bila berdoa, terasa benar-benar lemah dan mengharap.

Hakikatnya : Bukan saja dijamin selamat bahkan, dapat rasa nikmat sembahyang tak terucapkan.

7. SEMBAHYANG PARA NABI DAN RASUL.

Sembahyang seorang haba yang tenggelam dalam kebesaran dan keagungan Allah S.W.T…… tak tergambar indahnya nikamtnya.

OK, MACAM MANA ? TINGKAT MANA SEMBAHYANG KITA ?

MURTAD!!! BAGAIMANA KRISTIAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM…..

Posted on October 3, 2006 by shariffazhari.
Categories: ISU UMAT ISLAM.

BACALAH……………….

Submitted by Allonehhob, Dec 8, 2005 at 17:15

TIPS on how to keep our children safe from converting to Islam and to bring them back from Islam, I have lived in a muslim country for most of my life, Arabic is my first language, and I know the tactics muslim use to attract Christians, I have built these tips that I hope will be of benefit to you and others

1.I second P.O.D. we have to educate ourselves with Islam, there are so many resources, and I recommend unbiased resources that talks without extreme judgment on the religion. Islam btw has so many good stuff but all taken from Christianity, so Islam not only didn’t bring anything new to humanity, it brought back human civilization backward

2.Conversation and interaction with our family members, what my husband and I do is spend at least 20 minutes a day together with the kids to discuss what happened to them during the day. This can be made fun if the parents know how to attract their kids, depending on their age. It can be a fun family night at home with no distraction like TV or Computer. Puzzle night, during dinner etc

3.Keep involved in their school, know who they are playing or gathering with, what we do is before permitting any of our children to visit their friends is that we meet the parents first at their houses

4.Hugs, Love and support should be continuous and never end even when they become independent men and women. the children is like us, they need someone to cry on their shoulders, they need to feel secure and loved. Most converts were looking for a group to belong to, I am glad though that the majority convert back from Islam when they found how biased they were

5.Fun times, family meals together: you will be surprised on how much stuff do you hear from them when you just have a meal together, it is important though that no distraction is allowed, TV computers etc

6.We are Catholic, and weekly mass to the whole family is not negotiable, it is a habit in our house. We always tell them that Jesus love to them way exceed our love, they know that at their dark times, they can pray and find someone to listen

7.Educate and support your children when they ask questions about any religion, your answers should not be extreme, they have to be true and unbiased. Example it is true that there is no cutting thief hands in Christianity, unlike Islam this is one of the laws in the Quran. These are facts. I have never isulted Islam when my kids ask me about it, I just present facts with no much emotions. However, I always remind them the power and beauty of unconditional love that Islam doesn’t have and is not understood by Muslims.

Along with so many other references, I hope this website can help you with this mission
www.answeringislam.com/

My advise, do not ever give up, I hope that she will come back sooner or later like many others

GOD bless you all

INI IALAH SATU KENYATAAN YANG MENYATAKAN CARA DAN TIP BAGAIMANA ORANG KRISTIAN MENGHALANG  PUAK2 MEREKA DRPD PELUK AGAMA ISLAM DAN BAGAIMANA MEMURTADKAN ORG ISLAM.  KALO RAJIN SEARCH WEB answeringislam.com .

INI PULA ADALAH MUKA LINA JOY YG KECOH SUDAH MURTAD ARI2…

Linajoy2